surah Luqman ayat 6

" Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. " surah Luqman ayat 6

Friday, November 25, 2011

IMPROVE your life


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar!!
Tiga kalimah ini yang memberi semangat setiap insan yang dicipta oleh tuhan sekalian alam iaitu 
Allah tuhan yang maha Esa.

Insya allah, dari hari ke hari aku akan cuba untuk memasukkan input kebaikan , islam, dan sesuatu yang berbentuk motivasi positif untuk diri aku dan juga sesiapa yang sudi membaca blog aku ini.
dan aku akan cuba menambahbaik quality penulisan aku ini.

Sekarang aku tengah pening dengan assignment yang berlambak, yang menunggu tuan dia siapkan. tapi tuan dia dah pening dengan yang mana satu project, mana satu discussion, mana satu mid sem, mana satu quiz, mana satu ulang kaji pelajaran. 

Itu semua aku belajar masa menuntut di universiti ini. 
Jika dulu waktu sekolah, guru lah yang tukang mengedjust jadual kita supaya diisi dengan perkara yang bermanfaat..
Tapi bila melangkah ke alam dewasa ini, unversiti, aku ingat sama sahaja ..tak akan berubah suasana atau mood aku belajar..
Rupa-rupanya itulah pengalaman yang sememangnya guru 24 jam kita. dari kita kecil sehingga mata ini tutup.
Pengalaman yang turut akan disertakan dengan pelbagai ilmu Allah..sememangnya sangat berharga.
pengalaman yang memotivasikan diri
pengalaman yang mendewasakan akal fikiran kita

Pengalaman berkasih hati dengan sahabat, sehingga kasih itu diuji..hanya Allah sahaja yang tahu keadaan ketika itu macam mana..
Walau masih aku mengharap kasih disana tapi bukan aku harap kasih yang seperti disamakan dengan ego.
Mana kita tahu kita masih punya jodoh yang panjang..emm..itulah takdir yang Allah ciptakan untuk kita wahai sahabat. maafkan khilafku..yang sememang penuh emosi, kurangnya ilmu, dan terlalu cintakan manusia sehingga lupa pada asal pencipta cinta itu..

Aku hanya ingin mengharapkan Allah
supaya buka pintu hatiku ini ,benar-benar menjadi seorang muslimah
supaya benar-benar rela ,tubuh ini berkorban untuk tuhan-Nya
supaya jiwa ini rela disiat-siat dalam menahan segala godaan duniawi
akal yang punya ilmu, hati yang yang dipandu oleh ilmu yang bermanfaat
dan jasad yang menggerakkan segala kebaikkan ilmu yang dituntut itu
untuk simpanan di akhirat nanti
insya allah
Amin..amin..amin ya Allah

12:21 tengah malam
didalam bilik, kolej eon
tanpa rumate (cz balik kg)

No comments:

Post a Comment