surah Luqman ayat 6

" Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. " surah Luqman ayat 6

Friday, December 30, 2011

Alhamdulillah. aku dapat lagi menghirup udara segar pagi di uni. ni.
dapat qiam sama dengan rumate..saat yang paling ku rasa dapat merealisasikan impianku sejak masuk uni. dapat rumate yang sama bangun qiam dan solat subuh.


tapi aku still ada rasa ego. hope can reduce it again..and again..insya allah na..

Thursday, December 29, 2011

SURAU solihin, Kanchut, kedah






4 saffar 1433
rabu malam khamis
tomorrow is last day for class makroekonomi!!


ni lah surau madrasah salihin


Konsep Istibdal dalam wakaf


Istibdal itu bermaksud menggantikan.
maka dalam isu yang berlaku di Kedah ini membuka mata para ilmuan dan Muslim tentang konsep wakaf yang ada dalam Islam

pada asalnya, harta wakaf tidak boleh ditukar ganti dan mesti kekal dalam bentuk asal agar tidak menyimpang dari maksud asal pewakaf.

tetapi tidak salah dengan menggantikan tanah wakaf itu dengan tanah lain, walaupun niat si pewakaf adalah mendirikan masjid, surau, tanah perkuburan dll. bila mana?

apabila pada harta itu:

           lusuh - kereta, bangunan lama
           rosak - mesin 
           tidak sesuai dimanfaatkan lagi perlu ditukar - tanah

1. contoh kawasan sekitar tanah wakaf itu sudah banyak didirikan surau dan masjid, jadi lebih baik sekiranya tanah itu digantikan kepada bangunan yang lebih memberi manfaat pada penduduk sekitar seperti kedai. dan ditambah lagi fungsi surau itu tidak digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.

kedai= boleh membuka peluang pekerjaan, untung boleh di agihkan pada masyarakat muslim setempat, dan lain-lain

2. contoh yang lain juga. tanah wakaf itu satu-satunya laluan highway. so dibolehkan tanah tu buat highway dan diganti tanah di kawasan yang lain

ingat!! harta wakaf tidak boleh dijual sama sekali (menurut Imam Maliki dan Imam Syafi`e). ini adalah asal hukum

tetapi sekiranya dapat keizinan pewakaf atau warisnya, ia dibolehkan. tapi yang jadi isu banyak sekarang pewakaf dah meninggal, jadi cmne nak rujuk kan. ini lah fungsi hakim syari`e, majlis fatwa, ketua agama kita.

ketua agama=ketua negara..btl kn?

berbalik pada tajuk konsep istibdal. istibdal adalah menggantikan harta wakaf kepada harta lain atau tempat lain atau fungsi yang lebih baik ikut kemaslahatan umum.
^
l
l
bukan menjual ye!

ini yang menjadikan orang awam keliru sebab tak faham konsep wakaf dalam Islam mengenai surau di Kanchut, Kedah. tapi inilah hikmahnya.

dan ini disandarkan pada qias zaman para sahabat contoh:

masa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, Imam Ahmad setuju dengan keputusan Umar r.a untuk memindahkan masjid Kuffah yang lama ke tempat baru, dan asal tapak masjid itu di jadikan pasar untuk jual tamar (kurma).

tapi yang berita baru update semalam 28hb dis 2011, surau itu akan dibesarkan lagi. dan boleh memuatkan 400 jemaah sumber. so thats great yea


masa aku belajar dulu, banyak ustaz pesan:

1. kalau hgpa nak wakaf, cuba buat wakaf harta kepada fungsi yang kontemporari atau up to date. ikut zaman

2. jangan fokus untuk buat masjid dan tanah perkuburan ja. cuba bagi yang lebih global dan mampu selesaikan masalah pelacur yang takde keja melainkan melacur...budak-budak merempit.. budak-budak gampang dll
gampang? (xphm rujuk sini.)

3. memang banyak harta wakaf untuk buat masjid tapi tak memaksimumkan fungsi manfaat kepada masyarakat setempat. 

contoh: blh dbuat wakaf
- bangunan- kedai percuma untuk muslim berniaga, yang halal sahaja!
- sekolah- bukak kat perkampungan orang asli. pedalaman
- pusat komputer- sebab sekarangkan suma nak celik IT.

 ke ada sape-sape nak tambah? =) sila-sila..

Wednesday, December 28, 2011

8 YANG layak

faqir 
yang lebih miskin dari orang miskin. tidak mampu untuk memenuhi separuh dari keperluan asas dia. contoh? kalau orang miskin, dia perlu 100hinggit untuk penuhi keperluan dia, tapi si faqir ni hanya ada 50hinggit sahaja.

miskin
hanya mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka sahaja.

amil
yang melaksanakan tugas mengutip dan mengagih wang zakat. 
ni perlukan orang yang betul-betul amanah dan jangan bangga tayang peratus pengumpulan wang kutipan zakat. itu tak ikut matlamat utama.
ni yang banyak isu disini.

muallaf
orang yang baru masuk Islam. anda kene bantu bila jumpa orang yang macam ni. diorang really need the supporter.

raqim
hamba yang nak bebas. ni zaman rasulullah je ada

gharimin
orang yang berhutang, dia nak bayar tapi tak mampu, bukan mengelat nak bayar ye.

fisabilillah
orang yang keluar berjuang di jalan Allah, zaman nabi, berperang. sekarang yang keluar 40hari, 3bulan contohnya. keluar untuk berdakwah..semata-mata kerana Allah

ibnu sabil
orang yang bermusafir 



" Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "                surah at-taubah: ayat 60             



kita as a student pun boleh. tapi xsure kategori ibnu sabil or fisabilillah. bagi pendapat aku lah, kalau guna wang zakat ni, kita belajar lebih berkat sebab duit tu dari sumber yang dah suci. so lahirlah graduan yang berjaya, kreatif dan beriman. berIman tu yang paling penting! tapi kalau duit berlebih tu baik  bagi yang lebih aula` kan.


so ini adalah rukun ketiga dalam rukun Islam, sebelum hangpa buat yang ni, keluarkan zakat bagi yang terlebih rezeki tu. sila teliti dulu solat kita semua. sebab pertama yang ditanya adalah solat. sia-sia lah kita buat yang lain tapi yang utama ni xprefect!
Insya ALLAH na...


2 saffar 1433
pagi rabu yang indah dan nyaman

UMUM Balwa

dalam kehidupan kita, Islam sudah menggariskan halal dan haram, dan selain yang tidak disebut dalam al-quran dan hadith adalah harus dan  boleh kita buat.


Umum Balwa ni adalah sesuatu yang kita tak dapat nak elak dari melakukannya. contoh: duit yang kita dapat perlu dari sumber yang halal dan di salurkan kepada tempat-tempat yang halal. 


maka dalam kita bermuamalat(berurusan sesama manusia) ada yang kita tak dapat elak. contoh company TNB adalah satu-satunya sumber elektrik yang dijanakan untuk seluruh rakyat malaysia ni. so nak tak nak yang pub, kelab malam dan tempat-tempat maksiat juga mereka kene bagi. walaupun kalau TNB tak nak bagi pada tempat maksiat ini, tak jadi miskin pun company. 


so hukum Umum Balwa ini digunakan. tidak mengapa kalau sumber dari TNB kita dapat atau kita ada share dalam financial market dia. k. sekian untuk ilmu yang tiba-tiba datang untuk share.


nak lagi detail? sila tanya ustaz berhampiran lokasi anda..hehe

Tuesday, December 27, 2011

LAPORAN

Assalamualaikum
Alhamdulillah aku dapat teruskan lagi niat untuk menulis dalam blog ini. hari ini, aku nak teruskan kepada penyambungan aktiviti aku bersama UNGGAS di SC, Sungai Petani.


ni adik-adik junior aktivis. di hadapan yang mereka duduk ni
adalah Shopping Complex SP tu lah..budak2 kedah msti tahu kn..
gambar ini sesudah pusing satu SC ni..rehat sat!

Pada LDK 3 ( klik sini untuk baca LDK 1 dan LDK 2 ) jam 3.30 pm kot (lepas solat jamak + makan2 + sembang-sembang) kami di bawa oleh ust kamarudin terus ke bangunan shoping complex SC dan terus naik ke tingkat 4 iaitu pusat karaoke. Sebelum masuk ust. pesan tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sebab dilarang oleh owner tu. 

Tempatnya agak suram yang di terangi oleh cahaya yang malap, kuning hijau. dan dalam tu ada 20 lebih bilik karaoke. dari satu bilik ke satu bilik kami p. masa ni aku tak masuk pun. sebab yang lain pun excited nak masuk xmuatlah nak masuk semua kan. jadinya aku biar mereka masuk.  bisingnya jangan cakaplah..memang xcukup telinga diorang ni!! Tapi kawasannya memang bersih, bilik macam standard kat hotel cuma setiap bilik ada kerusi 1,2 sofa and tv plasma sebijik.

yang dijumpai, pasangan couple tapi dyorang datang beramai-ramai, campur laki perempuan dalam bilik, ada yang satu keluarga datang. aku pun xpaham bapak yang macam ni. p lah ajak anak dengar ceramah ke, anak-anak kan sedang nak membesar so dyorang tu perlukan jalan yang benar-benar lurus. nanti dah besar bila anak tu kurang ajar, marah dyorang balik, jadi xguna lah..budak dah besar cepat pikir dan memberontak kalau xkene dengan jiwa mereka. 

dan yang menariknya ada yang menyanyi sorang-sorang. mula-mula kami mai dia bukak lagu biasa. tapi dua kali round..dia bukak lagu rabbani..hahaha..febret aku tuh..sume duk pakat bagus budak ni and ada aktivist masuk balik nyanyi sama-sama dengan dia. 

aku = perli ke apa?..hahahha

yang bagus lagi kat sini peraturannya--yang aku dan ingat lah

1- budak beruniform sekolah tak boleh masuk--- budak sekolah boleh masuklah?- kome pahamkan
2- tak boleh bawak minuman keras dan meROKOK-tapi aku keluar baju aku pun bau masam rokok.ceh!
3-dilarang melakukan sesuatu yang melampaui batas-aku xtahu nak reka ayat cmne tapi maksudnya xleh buat seks kat situ-setakat raba-raba bolehlah kan..damn!

lain-lain

4- masuk 18hingit satu lagu...wawawa..aku nak makan kat hostel pun jimat makan sekali je. 2,3 kali makan sehari tu duit berlebih r..
5-terpampang kat papan kenyataan dalam karaoke tu peraturan negeri!! tapi buat dek je owner tu-sebab diorang yakin xdenye nak kne tahan.
6-dari penjaga kaunter hingga lah bapak budak yang masuk bilik karaoke tu adalah MELAYU. kenyataan yang aku kene terima!aku tak jumpa pun apek ke amoi.
apek amoi duk kat luar jaga kaunter jual baju-baju seksi depa.

Lepas tu kami dibawa ke tingkat atas lagi, pusat bowling, game and wayanglah..hohoho..aku memang teringin pun nak masuk sebenarnya..nak tengok apa yang syiok sangat.

kami kat situ diajar supaya mendekat golongan 'yang buat gejala sosial ni lah', pi kat depa sembang-sembang bagai dan selitkan nasihat kalau kene time dia. kalau yang couple kasi dyorang jarak-jarak jauh sikit..ni memang best. 

ada larangan ust ajar

1- xboleh kacau orang tengah makan...haha
2-jangan p sorang-sorang cz dyorang xde nak respect dan tak takut pun ngn kita..

moral value yang aku dapat:

1. ni nak ngaku ni, haha..aku ni pemain tegar juga lah game kat pc n hp..tapi bila dah sibukkan diri dengan dunia ni jadi tak teringat nak main. dulu sangap sampai tak mo tido sebab tak abis-abis level yang aku nak main. alhamdulillah, lepas tu tengok adik-adik kat SC ni taubat gak aku..ish ish..patut mak aku asyik marah aku je kat umah. MEMANG BUANG MASA
2. kapel- aku xpernah kapel tapi banyak kawan laki (xde lah banyak tapi lebih tiga kan dah kira banyak..huhu). ni suma diaorang yang first aproach aku tau..haha xnak kalah..sebenarnya tak kisah pun sapa yang mulakan tapi, pentingnya sapa yang berjaya elak tu, wah! memang hebat, dan pada masa yang sama Allah akan naikkan martabat iman kita bila berjaya elak, kita je xsedor.nilai moral ni yang aku dapat.

ramai sangat adik2 ni kapel.suma lepasan SPM n bawah umur. 

bukak lah mata DIK-bukan hensem/cun pun budak laki/pmpn tu-pandai pun idoknye-kaya lagilah jauh-ni yang beradab dengan ibu bapa surely xde!

selepas tu kami teruskan dengan berkeliaran di sekitar SC tu, jumpa tailor, seller, and gampang..haha ada cite ni

*gampang-diorang kan hisap gam pastu jadi budak punk so ust panggil dyorang gampang, macam nak marah, so ust terangkan, dyorang pun caye n benarkan dyorang dpanggil camtu..kan lawak tu..
dik..dik, kalau hanpa pakai kopiah p masjid, hangpa lah buruan mak-mak mentua tau!

dan last. kami keluar dari SC dalam petang lepas asar(xtengok jam pn) balik jalan kaki ke masjid jamek yg ditukar sebagai surau jamek sp. duduk, dan bertukar pendapat dan pengalaman tadi. 


sebenarnya tak abis lagi. aku lupa.sebenarnya sebelum kami balik kami p satu lagi bangunan. ia berseberangan (paham-paham je lh ayt ..hehe) dgn bngunan SC tadi. kami ikut laluan jejantas. dan p ke kawasan budak hisap gam. tapi tak bernasib baik kami nak p tangkap budak tu buat temu ramah ke, cuci kasi sental badan dia ke..hahaha..lawak je k.


patutnya kami dapat dua orang budak tp diorang dapat lari so, kami hanya dapat tengok gam yang mereka hidu sahaja lah. 


yang warna hijau itu gam untuk pembinaan bangunan
bau petrol, maker pen n apa2 bnda lh yang blh kasi khayal

sebenarnya banyak sangat kat kawasan tu.

botol arak yang ada saki baki air arak lagi

 hangpa tengok kat belakang tu
 sungai tau tapi memang dah tercemar lah.
dan kat tepi-tepi tebing tu memang banyak sampah antaranya gam--pang ni lah

ni lah lokasi untuk pemetaan sosial

selepas tu, tak abis lagiiii... kami berjalan kaki mengarah balik ke surau jamek tadi, dan pergi ikut masuk celah-celah rumah kayu or belakang bangunan. kat situ ada gak conteng-conteng





dinding belah kanan ni ada tulis macam-macam luahan perasaan




dan akhirnya berakhir sudah pengembaraan satu hari di bandar Sungai Petani.

penat+best+sakit tapak kaki aku+kasut aku pun dah nak tertanggal+air pun dah abis xdan nak topup+lapor+bau baju..huii masam!+amik gambar ramai2..hehe mengubat segala kepenatan..


bertolak ke Uni. dalam 5.00 pm lebih. balik ikut highway, singgah kat RFC jitra, solat dan makan. dan sampai hostel dalam kol 9 pm..balik rehat n rasa xcaya je aku berani turun lapangan! insya Allah doakan aku ye istiqamah dalam jalan dakwah ini. nak macam mak dan ayah aku.

balik kene buat report!! ni lah reportnya..siap!

1 saffar 1433
petang selasa
jap gi p meeting untuk program LANDAS 31hb
MALAM TAHUN BARU 2012

Monday, December 26, 2011

CUN !!

ni pelajar madrasah tahfiz akak aku
memang cun-cun gler ah dyorang..
kalah setakat model kat tibi tu


sebelum aku sambung cerita pengalaman LDK3 aku dengan UNGGAS (syok sndri aku ek mcm korang nak tahu..hehe)..ok aku nak cerita satu kisah anak Rasulullah..

isu pasal fesyen muslimah..
aku pun menerima gak benda ni mula-mula tapi selepas baca satu blog, memang santai dia terangkan.
kebiasaan perempuan sekarang bila ditegur cara berpakaian walaupun pakai tudung labuh tapi warna warni..dari jauh dah nampak keayuan, bling-bling mata teruna nak pilih wat bini kan. apatah lagi yang pakai syawl, wardina ke ariani ke bagai sume tuh..tapi sebenarnya xikut pun cara wanita berpakaian kut sunnah Rasulullah s.a.w , ye memang nabi lelaki tapi dia kan ada ank bini perempuan. conformlah nabi ajar keluarga yang perempuan ni cara berpakaian yang tutup aurat bukan tutup urat, tutup badan..taw!!

korang xpaham kan apa yang aku nak sampaikan..sabar na..

contohnya cara terbaik pakaian muslimah ialah menutup aurat dan pakaiannya tidak dapat menarik perhatian kaum adam. 

yang terbaik ialah warna hitam dan berpurdah<---ini yang terbaik walau aku pun tak sampai tahap ini lagi nak pakai..tapi dulu ada sat niat tapi mak aku xkasi cz kne cantik dalam dulu bru istiqamah pakai

cerita zaman dulu kala:
ada seorang sahabat selalu nampak seorang perempuan tua datang rumah nabi, jadi beliau tanya siapakah orang tua tu..nak jadi cerita rupanya itu adalah anak nabi , Fatimah r.a.h.
  
moral value bagi aku: 
Fatimah r.a.h. tu anak nabi yang cantik, (cantik gler kot, sllu dgr mse sek dlu kisah Ali r.a. nak pinang Fatimah r.a.h. Ali r.a kan hitam, xhensem dibandingkan dgn anak nabi. tapi nabi terima n dapat mas kawin ngn tiga Qul (surah 3Qul)  je xsilap aku lah..hebat pasal Fatimah r.a.h anak nabi ni.tapi orang boleh cakap dia macam orang tua. so boleh bayangkan dak pakaian apa yang dipakai. mesti xde lilap-lilap batu permata ke kat baju dia kan.

tapi la ni, dari yang bukan ustazah kepadalah prof, doktor sampailah kepada pendakwah.. berpakaian sampai kita yang tengok ceramah ni duk belek-belek baju dia bukan hayati ceramah dia!

dan kita pun bagi lagi alasan xsalah pun dalam Islam nk berfesyen, kene dengan tutup aurat suma.ok lah kan.xde dalam alquran yang suh pakai itam suma tuh. 

hujjah untuk alasan kat atas ni. cuba kita bandingkan zaman manakah yang paling terbaik? zaman la ni ka? atau zaman Rasulullah s.a.w dengan para sahabat? comferm zaman nabi kan. so kita kalau nak jadi orang baik dan terbaik mesti contoh role model yang terbaik..ye dak..

Fatimah r.a.h yang cantik rupawan tu pun dilihat seperti orang tua bila di luar rumah. apatah lagi kita ni yang sepatutnya.

solusinya: 
bukan drastik nak suh terus tutup semua..tapi kalau hangpa mampu berubah macam Umar al Khatab bila menerima Islam. so teruskan. tapi kalau iman macam orang awam ni, sama lah dengan aku. yang slow motion

- moh le kita yang pakai batu-batu permata kat baju tu, kurang-kurangkan lah
- yang pakai satu hari baju 3, 4 warna..cuba pakai satu warna dan ambil yang malap-malap sikit warna
- yang pakai kasut high heel 4,5 inci tu..ketak ketuk bunyi..pakailah sandal biasa je--cantik dan selesa pakai sandal ni dan xde keluar bunyi bila jalan
- ha! yang pakai syawl tu @ selendang, pakai labuhkan bawah dada depan n belakang seboleh-bolehnya sampailah bila angin lucah duk datang takde nak cover pegang hujung syawl tu..
- yang pakai baju singkat, bila duduk tu duk cover belakang takut tuuut ternampak kan. jadi labuhkan pakaian anda.
- tak salah pun pakai t-shirt tapi biar kita yang pakai ni selesa dan orang awam yang memandang pun selesa juga. maksudnya, kita xsesak nafas sebab ketat, or jalan sipu-sipu sebab tersingkap ke apa..orang yang pandang kita pun bukan dua kali pandang..tapi kalau hgpa dah niat nk usha tu..niat tu allah yg judge di akhirat nt n0h..
- tudung tu bukan labuh depan je tau, belakang sekali sebab, laki ni tengok blkg pmpn pn diaorang rasa lain dh<-----nfsu syahwat lh tu..hgpa nak layan juga nt jgn duk sibuk nak tambah kuota kt rumah raudhatu sakinah ye..ramai dah tu, hgpa nak bagi dana xpa jgk..


- yang hat laki ni hgpa jgn tgk ja..pi lindung adik, kakak, sedare, mak, bini, cucu, cicit hgpa suma tuh..bgthu tang aurat sesama bukan mahram ni (yg boleh kawin), jgn terus marah, kalau dia tak tahu xkan ke kesian..jadi nasihat dulu..7,8 kali dah bagithu degil jgk kasi sedas dua penampaq n0h...

best pakai camni.
xdelah segan-segan nak makan dalam kelas kan..haha

angin lucah tu = hanya dirasai oleh kaum hawa yang bertudung. bila angin kuat so akan melekat-lekatlah tudung and baju kat badan, boleh jadi tersingkap tudung walaupun tudung labuh..tapi tudung labuh ni just pegang hujung tudung, yang pendek tu lagi lah meraba-raba pegang suma kasi cover.

p/s; kalau dari jauh orang pandang kita, ada dua maksud
1- cun melecun, ayu and blablablabebal..ni sampai langgar tiang (nampak n0w melampau kn)
2- solehah--istighfar banyak2 supaya xdapat panahan zina mata walaupun kita dah tutup aurat 

bila perempuan keluar rumah, dah memang siap sedia fitnah menuju dari arah belakang, depan, kiri dan kanan.


29 muharram 1433
hari ahad malam isnin
patutnya aku dah tidor tapi penangan blog ni
besok 1 saffar!!

Sunday, December 25, 2011

PURE Kari Mamak..marvelous!..

LDK 2 ni rentetan dari LDK 1
12.30 pm- muslimat terus ke stesen bas sp untuk sesi pemetaaan sosial (social mapping) masa ini kami dikehendaki mencatit dan mengumpul maklumat tentang aktivti sosial kat sini. dan kami p kat port bangunan kedai-kedai. dan kami pi naik ke tingkat 2. 1st bangunan-bawah kedai cina.atas ada kedai jahit, cafe dll. ini yang kami jumpa- arak jenis level 1 yang common budak melayu yang minum tapi yang jual cina. apa yang dijumpai - arak, ubat seksual dan dinding bangunan yang penuh diconteng,vandalisme.


sebenarnya aku pun selalu nampak tapi xde sentivity pun nak ambil tahu

1.30pm- selesai kumpul maklumat, kami terus ke masjid berhampiran untuk solat jamak zhohor-asar. baring seminit dua (actually xcukup pun tapi dan lah kejap cz tengok sahabat yang lain dah get ready bangun..hehe.tapi memang penat wo..)





            masijd tu sebenarnya dah jadi surau sebab ada buat masjid baru sp (masjid yang first kami singgah pagi tadi). maybe disebabkn jarak (i`m not sure just teka sebab jarak dekat) ditukar jadi surau so xleh solat jumaat kt situ takdir Allah juga kat situ tengah buat majlis bubur asyura so kami ni dijemput makcik pakcik kat situ suh makan. yang buat ni India muslim. makan pagi before sediakan bubur asyura. lauk kari. first time taw aku makan kari pure dari tangan india. peh! memang marvoules, rasa nak duk utara ni dapat makan tiap-tiap hari..hehe.selepas bercanda gurau dengan makcik pakcik ni kami pun bergerak untuk sesi LDK 3



test-test kacau bubur

ni lah pakcik yang memang mesra..haha kelako pun ada sebab ada pakcik tu cakap bila pakcik ni kacau bubur..oo tadi tak nampak pun hangpa kacau bubur..tapi rajin pula nak kacau bubur sekang..haha sume gelak sebab..perli lah tu..






baik and mesra mereka ni..kami memang malu-malu kucing..hehe



UNGGAS Programme at SC (Shopping Complex) Sg.Petani

27 Muharram 1433 H 
23 Dis. 2011 bersamaan hari Jumaat

Aktiviti Lapangan Aktivis Sosial

7.00 am- berkumpul di perkarangan masjid badlishah, uum (uni. utara msia)
7.30 am- around ni kami bertolak dengan 5buah kereta sewa, 2 kete drive by muslimin and 3 kereta drive by muslimat sebab peserta muslimin-9 dan muslimat 20 orang




belakang kiri masjid ini ada kedai and 
laluan ke taman rekreasi.
memang cantik dan bersih


10.00 am- around jam ini kami sampai di masjid sungai petani (sp), dan bermula sesi taaruf  (perkenal diri) dengan 2 orang ustaz, ustaz kamarudin(yang led kami). dan ada seorang pelajar sekolah yang umur 17 tahun mai dengan ibu dia, kak faezah (guru  addmaths di sekolah al-islah sp). and the rest is student uum dari sem 1 untill sem 7.


 peserta dari muslimin

peserta dari muslimat
saya dikalangan mereka ni..hehe


ni ust kamarudin yang led kami
memang hemoi (mesra) cara approach dia pada mad`u.




LDK 1
ber HEMOI di taman rekreasi belakang masjid


11.30 am- bermula sesi praktikal (komunikasi praktikal act by social activist..hehe). sebelum tu  kami belum sarapan penuh lagi (maksudnya kami hanya makan roti untuk alas perut di sepanjang perjalanan dari uum --> sp sebab nak jimat masa).dalam 15minit kami ambil masa bersarapan di kedai makan di belakang masjid.


11.45 am- bermula mencari client


ini sahabat kami group yang lain ber Hemoi dengan seorang client tudung biru yang sedang baca majalah di taman rekreasi.


1st customer- sesi mencari mad`u..hehe..first client kami, couple sedang bersembang. lelaki umur awal 20tahun dan sedang menjalani sesi praktikal di sp tetapi study di uni.  terengganu (tak ingat nama). pasangannya berumur 20 tahun, dan study di uitm merbok dalam bidang banking.


 1st- kami beri salam
 2nd- ada yang lupa nak shack hand and salah seorang yang mulakan bersalaman tetapi selepas bertanya tentang perihal diri couple tu.
 3rd- sembang dan bertanya tetapi kami rasa seperti terlalu push soalan banyak dan tak teratur soalannya dan kami tersasar sebab xsampai motif yang hendak disampaikan. sehingga hilang point nak bersembang secara hemoi..akhirnya kami memutuskan untuk mengakhiri sesi temubual tu..
 lastly- kami bersalam, peluk and said sory for take your time..and thank your very much..


kaedah yang diajar untuk mendekati mad`u:


1- memberi salam, bersalaman ikut gender
2- perkenalkan diri. ini perlu sebab nanti mad`u confius awat mai dtg kt aku..cmtu lh 
3- nak akhirinya. cakap sory sbb amik masa kamu <--- ini jgn ckp mase start sembang, sebab nt mad`u perasan mereka adalah sasaran matlamat kita. lepas tu salam dan peluk mad`u ni, peluk kejap itu lagi bagus dari cium pipi kiri kanan.


tambahan:
mula-mula lelaki tu macam xberapa nak masuk campur kami sembang, tapi bila kami tanya asal mana, study and blablabla..dia  mula senyum and kami rasa dia selesa untuk berbual..and budak perempuan itu mmg ok untuk berkerjasama tapi still kami rasa dia ada syak wasgka knp mereka n kami sume ni mcm bdn dakwah bukn utk sesi komunikasi. hehe nervous je nak tanya soklan tapi bese bagi aku lah sembang ngn sape aku jmpa sblm ni.. tapi bila kita berkumpulan, itu yang kelam kabut..sbb niat utk berdakwah-menyampaikan kebaikn.. sblm ni niat hnya nak sembg sblm ada masa kosg tuggu bas ke kn cthnya..
moral value- need sechedule 1st..


2nd customer- seorang akak yang berpakaian agak fit, berjalan-jalan disekitar taman tu dan di  belakangnya diekori oleh suaminya (sebenarnya aku tak perasan pn).kali ni kami bahagi group kami tu dua orang dua orang. tadi empat orang.disebabkan  rasa macam ramai sangat so divide dua. saya bagi salam dan akak tu sambut.  serta kami berjabat tangan. akak ni dari k.l xsilap.datang kat taman tu utk saja  berjalan-jalan. dan sembang- sembang mcm tu je xdpt nk selitkan perihal cara  berpakaian sebab segan suaminya ada..so kami pun akhiri dengan perbualan tu  dengan salam dan seperti biasa macam kat 1st client.


3rd customer- pasangan Indian sedang bermadu domba dibawah pokok. umur lelaki 18thun n girl 17tahun (aku ingat diorang ni umur yang dah kerja dalam 25 keatas). mula dari kami pusing-pusing satu taman tadi, memang kami perasan couple ni tapi diorang hanya bersembang xlebih dari berpeluk-peluk. selang selepas kami bercakap dengan client kedua. mereka mula berpeluk. jadi seorang adik junior lelaki dalam aktivist n mula tegur.n bersembang. dan aku pun terus ke arah mereka. dan bersembang dengan yang girl ni. memang gud girl, baru lepas spm,  n rasa berkeyakinan berjaya dalam spm n bercita-cita nak lanjut belajar di uk dalam bidang kedoktoran.


12.30 pm - kami akhiri LDK 1 ni dan berkumpul menaiki kereta dan menuju stesen bas sp utk LDK 2. manakala muslimin bersiap-siap untuk tunaikan solat jumaat di masjid tadi.


hidup berjemaah dan hidup dalam fikrah dan 
haluan yang sama kan best
love this bai`ah!!
for sure Lillahi Taala