4 saffar 1433
rabu malam khamis
tomorrow is last day for class makroekonomi!!
ni lah surau madrasah salihin
Istibdal itu bermaksud menggantikan.
maka dalam isu yang berlaku di Kedah ini membuka mata para ilmuan dan Muslim tentang konsep wakaf yang ada dalam Islam
pada asalnya, harta wakaf tidak boleh ditukar ganti dan mesti kekal dalam bentuk asal agar tidak menyimpang dari maksud asal pewakaf.
tetapi tidak salah dengan menggantikan tanah wakaf itu dengan tanah lain, walaupun niat si pewakaf adalah mendirikan masjid, surau, tanah perkuburan dll. bila mana?
apabila pada harta itu:
lusuh - kereta, bangunan lama
rosak - mesin
tidak sesuai dimanfaatkan lagi perlu ditukar - tanah
1. contoh kawasan sekitar tanah wakaf itu sudah banyak didirikan surau dan masjid, jadi lebih baik sekiranya tanah itu digantikan kepada bangunan yang lebih memberi manfaat pada penduduk sekitar seperti kedai. dan ditambah lagi fungsi surau itu tidak digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.
kedai= boleh membuka peluang pekerjaan, untung boleh di agihkan pada masyarakat muslim setempat, dan lain-lain
2. contoh yang lain juga. tanah wakaf itu satu-satunya laluan highway. so dibolehkan tanah tu buat highway dan diganti tanah di kawasan yang lain
ingat!! harta wakaf tidak boleh dijual sama sekali (menurut Imam Maliki dan Imam Syafi`e). ini adalah asal hukum
tetapi sekiranya dapat keizinan pewakaf atau warisnya, ia dibolehkan. tapi yang jadi isu banyak sekarang pewakaf dah meninggal, jadi cmne nak rujuk kan. ini lah fungsi hakim syari`e, majlis fatwa, ketua agama kita.
ketua agama=ketua negara..btl kn?
berbalik pada tajuk konsep istibdal. istibdal adalah menggantikan harta wakaf kepada harta lain atau tempat lain atau fungsi yang lebih baik ikut kemaslahatan umum.
^
l
l
bukan menjual ye!
ini yang menjadikan orang awam keliru sebab tak faham konsep wakaf dalam Islam mengenai surau di Kanchut, Kedah. tapi inilah hikmahnya.
dan ini disandarkan pada qias zaman para sahabat contoh:
masa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, Imam Ahmad setuju dengan keputusan Umar r.a untuk memindahkan masjid Kuffah yang lama ke tempat baru, dan asal tapak masjid itu di jadikan pasar untuk jual tamar (kurma).
tapi yang berita baru update semalam 28hb dis 2011, surau itu akan dibesarkan lagi. dan boleh memuatkan 400 jemaah sumber. so thats great yea
masa aku belajar dulu, banyak ustaz pesan:
1. kalau hgpa nak wakaf, cuba buat wakaf harta kepada fungsi yang kontemporari atau up to date. ikut zaman
2. jangan fokus untuk buat masjid dan tanah perkuburan ja. cuba bagi yang lebih global dan mampu selesaikan masalah pelacur yang takde keja melainkan melacur...budak-budak merempit.. budak-budak gampang dll
gampang? (xphm rujuk sini.)
gampang? (xphm rujuk sini.)
3. memang banyak harta wakaf untuk buat masjid tapi tak memaksimumkan fungsi manfaat kepada masyarakat setempat.
contoh: blh dbuat wakaf
- bangunan- kedai percuma untuk muslim berniaga, yang halal sahaja!
- sekolah- bukak kat perkampungan orang asli. pedalaman
- pusat komputer- sebab sekarangkan suma nak celik IT.
ke ada sape-sape nak tambah? =) sila-sila..
No comments:
Post a Comment