faqir
yang lebih miskin dari orang miskin. tidak mampu untuk memenuhi separuh dari keperluan asas dia. contoh? kalau orang miskin, dia perlu 100hinggit untuk penuhi keperluan dia, tapi si faqir ni hanya ada 50hinggit sahaja.
miskin
hanya mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka sahaja.
amil
yang melaksanakan tugas mengutip dan mengagih wang zakat.
ni perlukan orang yang betul-betul amanah dan jangan bangga tayang peratus pengumpulan wang kutipan zakat. itu tak ikut matlamat utama.
ni yang banyak isu disini.
muallaf
orang yang baru masuk Islam. anda kene bantu bila jumpa orang yang macam ni. diorang really need the supporter.
raqim
hamba yang nak bebas. ni zaman rasulullah je ada
gharimin
orang yang berhutang, dia nak bayar tapi tak mampu, bukan mengelat nak bayar ye.
fisabilillah
orang yang keluar berjuang di jalan Allah, zaman nabi, berperang. sekarang yang keluar 40hari, 3bulan contohnya. keluar untuk berdakwah..semata-mata kerana Allah
ibnu sabil
orang yang bermusafir
" Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. " surah at-taubah: ayat 60
kita as a student pun boleh. tapi xsure kategori ibnu sabil or fisabilillah. bagi pendapat aku lah, kalau guna wang zakat ni, kita belajar lebih berkat sebab duit tu dari sumber yang dah suci. so lahirlah graduan yang berjaya, kreatif dan beriman. berIman tu yang paling penting! tapi kalau duit berlebih tu baik bagi yang lebih aula` kan.
so ini adalah rukun ketiga dalam rukun Islam, sebelum hangpa buat yang ni, keluarkan zakat bagi yang terlebih rezeki tu. sila teliti dulu solat kita semua. sebab pertama yang ditanya adalah solat. sia-sia lah kita buat yang lain tapi yang utama ni xprefect!
Insya ALLAH na...
2 saffar 1433
pagi rabu yang indah dan nyaman
No comments:
Post a Comment