surah Luqman ayat 6

" Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. " surah Luqman ayat 6

Monday, January 2, 2012

MALAM tahun baru masihi 2012

8 saffar 1433 hijrah
pagi-pagi buta


Assalamualaikum
Kali ini aku berkesempatan menyertai aktiviti Landas, kali ke3.
Program Himpunan Sayangi Belia.
Sambutan Tahun Baru 2012 di R&R Pantai Bersih, Pulau Pinang.
Penyertaan kali ini bukan dari uni. kami sahaja tapi, USM, KUIN, tabligh dan aktivist unggas yang lain. 
Motif dan objektif = mendekati belia dan masyarakat yang bersosial dan memberi pendedahan kepada aktivis supaya sensitif dengan gejala sosial yang berlaku sekarang.

Aktiviti

Kami aktivis Sintok, bertolak kira-kira jam 6.45 petang, selepas diberi taklimat oleh cik Asma dan menerima sedikit bekalan dari sahabat yang tak dapat pergi untuk diberi kepada aktivis yang turun lapangan.

Kira-kira jam 9 malam kami sampai di Surau Pantai Bersih, Pulau Pinang. Terus solat jamak ta`khir berjemaah dan bermula sesi taklimat oleh YDP UNGGAS, abg Amir dan bacaan ratib dari seorang ustaz.

Kumpulan dibahagi sama dan bercampur muslimin dan muslimat dan ada seorang senior atau ustaz dalam setiap kumpulan. Kira-kira 6,7 ahli dalam setiap kumpulan.
Selepas membincang strategi yang digunakan kami memulakan langkah ke area pantai yang hujung sekali, berjalan dalam 45 minit. Memang terasa betapa jauhnya sambil itu menyaksikan juga percikan bunga api menandakan sudah masuk tahun baru masihi 2012. Dan bermula sesi hemoi apabila berpatah balik ke lokasi awal tadi.

Sasaran pertama aku adalah sepasang suami isteri bersama dua orang anak mereka, yang masih bayi, tujuan mereka saje nak tengok bunga api sebab si isteri bosan duk rumah dan nak merasai sambutan tahun baru. Mereka pun ada rasa peduli dengan sikap remaja yang melepak disepanjang jalan pantai dan pasangan2 muda yang dating. Meluahkan juga rasa kesal dan mengkritik perangai remaja sekarang. Pastu ustaz datang, nasihat si suami, supaya isi masa itu dengan benda yang berfaedah.

Kedua, kumpulan remaja bersama pasangan mereka, Balqis dan Ira..ini yang aku ingat nama. umi (isteri kepada ustaz) sedang menasihati dyorang ni. dan aku yang dengar ini terasa juga sebab teringat zaman aku leka dulu..ish..ish..lepas dengar mereka beredar.tapi sebenarnya tak pun, mereka pi area yang dekat dengan surau sebab masa kami patah balik ada aktivis yang perasan mereka masih ada lagi bergelak sakan. 
- aku teringat sepupu aku..dia memang suka melepak


update:
pastu..kami pi jumpa kapel juga..dari jauh nampak cam orang dewasa..pakai make up, baju betul-betul muat badan, dan sebelahnya duk rapat si teman lelaki. si pmpn umur 16 tahun dan lelaki baru lepas abis sek. mudeee..tiba-tiba aku terperasan sndiri, muda sangat ke aku..hekhek..


itu yang bila aku tengok sekeliling, aku dapat rasa sume tu budak sek, ceh..memang nak balun je diorang ni, hambat pi balik umah lagi bagus dari tak buat apa. 
bukan ada konsert, pertandingan ka..yang ada bunga api detik 12 malam dan deretan gerai pasar malam. ada gak yang buka tayangan filem tepi pantai sambil-sambil sediakan shisha..


shisha ni lagi teruk 100x dibanding dgn rokok..memang rosak..rosak..
ni samalah dgn budaya merokok di negara yang musim sejuk, diorang merokok sebab nak panaskan badan, n maybe shisha ni di negara arab mcm tu kot.


tapi di malaysia, ambil yang best diaorang rasa kot..mcm gengster ye bila org tgk kome p hisap shisha tuh..


- aku teringat adik laki aku yg mak lain, dia ni bese bergaul ngn budak taman- ni nampak cm aku anti budak taman kan..diorang ni xde kje, p merayap tgh mlm n penah satu kes kawan2 dia p mncuri (msuk umah org), tp nasib lh kot adik aku tu x pi join..mlm raya ok mse tuh. msuk kes polis lg. tp skg alhamdulillah ayah aku pi hantar madrasah tahfiz..hrp blh ubah diri n kuatkn jati diri sndiri pn ckup lh..
- apa ye alternatif tuk budak taman mcm ni..??


then aku jumpa dua orang remaja, deme sepupu. aku try tegur suh pakai tudung, n adik2 ni terima, pastu ckp mmg pakai tudung tapi kt luar xpakai..so ibu bapa amik port lah ok..dh sembang lama2, pastu adik ni minta no phone..aku pn ragu2 nak bagi..sebab dia nak jadikan aku kakak angkat, gelak je  dlm hati..sebab aku mmg geli agkt mgangkt mse sek lg..aku ni pn xlarat nk layan satu2 adik2 aku walaupn mak lain, tapi kene layan gak..tu yang ayah aku byk kali pesan ! 


but..aku cuba..maybe boleh nasihat mse duk msj kn..try je lh ksi lmbut nasihat walaupun aku ni kasar..ckp direct..


lepas bertukar no hp (actually aku tak ambil pn no budak tu..hehe). kami terpisah dgn group kami tadi..wawa..aku dh mngelabah..bukan xbiasa p jalan mlm2 cmni..tp ni tmpat byk bahayee..jadi aku jln2 sikit..ni aku berdua ngn kwn pmpn, kmi terserempak ngn group lain..alhamdulillah..

bermacam ragam dan pesyen lah orang yang aku jumpa..nmpk cm budk sek rendah, upenye dh tingkatan 3..hehe kecik lah budak-budak ni..kol 2 pagi nk dekat 3 baru pakat nk pi balik. saje round2 pantai tgk bunga api, depa yg kata..pastu tanya azam 2012 apa? sengih2..geleng2 pala..lepas aku jumpa budak2 ni, aku terserempak ngn lelaki paling tinggi didunia.

 tapi alhamdulillah aku tak terserempak dengan mat gian, mat gatal2 ni yg berani melampau. mat nyah..erk jauh-jauh kan lah. kalau aku jumpa pun biaq time tu aku dah cukup pengalaman nak handle diorang ni. aku berpengalaman nk nasihat diorang ikut pengalaman, bukn cakap kosong sahaja.


ini je kot perkongsian kali ni..jumpa nanti next sambutan valentine day..
jauhkan aku ya ALLAH perkara fitnah dunia dan dajjal ini serta fitnah dari lelaki.amin..

Pengalaman

1-ditahan oleh pakcik UK (unit keselamatan) sebab xde kelulusan dari HEP, tapi kami redah je, dan bagi alasan yang munasabah dan dijamin keselamatan oleh saudara Jailani, senior kami.

2. sampai Pantai Bersih, rupanya sudah ada aktivis yang bergerak menjalankan tinjauan, tapi sebenarnya perlu berkumpul dahulu, barulah yang senior ni boleh berkenal-kenalan dengan yang baru. dan semangat bila nampak ramai itu lebih gerun pada masyarakat situ

3. sepanjang berjalan dari surau ke hujung pantai dan berpatah balik, siulan dan kiriman salam kami terima lebih-lebih lagi kepada muslimat dan ditambah dengan pakaian tudung labuh dan kopiah. pandangan yang macam xpernah nampak manusia pun banyak. 

ini aku kat rumah pun banyak kali kene, itu sebab tak nak keluar..
menyampah pada lelaki yang mengorat secara murahan!

4. jumpa orang yang paling tertinggi di dunia kot. 8 kaki.. lelaki umuq 29, mai datang dari pakistan untuk minta dana bagi operation kaki dia. aku takut tengok tangan dia sebab panjang-panjang jari. nasib dia pakai baju punjabi, kasut pun aku rasa design special saiz. tapi kesian gak sebab dia dijadikan tontonan, yang tengok maybe ada rasa kasihan tapi untuk balik cepat solat isyak itu...wallahualam.. 

Upgrade / comment kelemahan program

1- adakan program di situ, seperti membuat solat hajat beramai-ramai berserta dengan ceramah oleh ust yang dekat dengan remaja, dan boleh sama 

2- berkempen untuk sama2 bersihkan kawasan situ, contoh - kutip sampah.
memang banyak sgt sampah..aku rasa mmg xlarat mkck cleaner nk kutip sampah spnjg pantai..n dah bape tahun pnye sampah lah tu..

3- berkerjasama dengan polis bagi banteras, itu yang paling ekstrem lah..
kami nampak abe2 polis duk perati orang awam ni..n duk memandang remaja yang parking moto cantik tersusun kt sepanjang jalan lebuh raya. 


4- manage time tak begitu ditepati, ada yang datang lambat dari yg mai jauh. dan xikut arahan ketua walaupun ini program santai sebab tak de protokol tapi di ambil remeh dan mudah oleh sesetengah aktivis.


Profile R & R Pantai Bersih -- bagi sape yang bukan asal penang ye..utk pengetahuan korang


- pantai bersebelahan dengan highway penang menghubung ke jmbtan p.pinang
- port yang terbaik nak tengok bunga api. sebab bunga api dinyalakan kat balik pulau sane..
- program kat situ hanya ada pasar malam dan ada dewan terbuka mcm lndskap skt2 ..
- setiap tahun hasil dari kajian UNGGAS mmg kawasan mlepak dan port budk rempit atau racing  untuk berhenti sebelum pi ke sebelah jambatan p.pinang.
- waktu puncak pasangan yg dating pukul 12.00 mlm ke atas..berpeluk ke..lebih dari tu mase ni lah  
- kat R & R ada perkampungan kecil, aku pn baru tahu bila masuk ke kawasan surau. so adalah gerai makan n kedai brg bese.


waktu kami smpai pn, ada sepasang kapel, duk atas moto, park tepi jalan. nampak kami satu bas, pakai tudung plk tu..si pmpn terus tarik si lelaki utk buat bnd lucah..u know? kiss mulut !! aku xsgup nak tgk..muslimin yg bgthu n instinct aku mmg tinggi gk pkr bnda tu..si pmpm tu sbb jeles lh si pakwe dia pndg xkedip tgk kami..haha..tp mmg betui laki tu pndg mcm xde pmpn sblh dia..xpaling2 tgk makwe dia pgil pdhal sblh je pn


aku rasa macam nak kawin tahun ni jgk ..nak jaga diri dari maslahat masyarakat yang dah makin teruk..aku je xsedor..n budak u yang duk saje dalam bilik tu..baca buku + kelas + katil + program + exam + konvo <---ni mahasiswa yang cemerlang tapi pasif untuk masyarakat.


p/s:nama aku tu utk aku rasa aku dh kawin bila komen kt blog org lain, lagi2 bila aku komen kat blog laki..sedor diri jgn gatal..


abuya nak kawin juga tahun ni..boleh dak??
abuya said: kawin lah abuya xlarang pn..tp..hgpa keje lah setahun dulu, dpt rumah sbijik, kete sebijik pn jadilah..
erk..sami`na wa ato`na...na..

4 comments:

  1. Syabas kerana berjaya mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat.
    :)

    ReplyDelete
  2. baru nak start..rasa cm dh lmbt dh pn sbb baru nak join bila dh last year kt u..harap2 ni pn dpt mndidik diri sndri jgk..insya allah na..

    ReplyDelete
  3. eeee.baru tau pantai bersih tu port plg cun nak tgk bunga api.
    ktorg kat pulau ni tgk je lah dr jauh bunga2 api yg adee.

    ReplyDelete
  4. boleh-boleh tgk,,nanti malam valentine day boleh join UNGGAS progrm..nk join nt bgthu lh..ni ngo, so xde limit syarat yg dikenakan.. asalkn lillahi taala..insya allah..

    mse ni lagi macam2 kot blh tgk...

    ReplyDelete