surah Luqman ayat 6

" Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan. " surah Luqman ayat 6

Thursday, February 9, 2012

last sem

Assalamualaikum wbt.
alhamdulillah. dapat juga online tnet


hari ni aku dah mula sesi praktikum untuk tahun akhir.baru masuk dua hari.
hari pertama:lapor diri..memang hanya isi masa kol8 pagi - 6 ptg duduk di bilik bacaan n meeting semntra utk jumpa sorang pegwai HR pd kol 2 n dapatkan surat penempatan latihan industri pada kol 6 ptg. mmg kurang kesabaran aku bila jam melebihi 5.30 ptg.


tapi tak apa. hari kedua aku mula masuk kerja di majlis agma islam. mula-mula memang aku rasa pengalaman yang semalam tu maybe sama kat tmpt prktikl ni..hehe tp tak. ok. bagus. mmg bagus ustz yg jd pyelia aku. sbnrnya cik pgwai tdbir pyelia aku. yang ustaz ni atas cik pgwai tdbr tu lah. agk teliti jgk dia bg pnergn tang majls agma islam ni and staf-stafnya jgk bekas-bekas pljar praktikal. uitm lendu naik nama. sebab ustaz bagitahu ada sorang tu mmg ok dia.


ok skg kol 7.45 pg..aku nak punch card.jmp lagi insya allah naa..
doa kan aku baik2 n cemerlang untuk sesi praktikal ni..insyaa allah..
assalamualaikum. 

Thursday, January 12, 2012

nukilan remind and copy

18 Saffar 1433
tak abis2 ngn isu dsai, auku, ha,
besok paper makro !!
Terimalah hakikat bahawa kita ini manusia
sememangnya bersifat lemah
walau kita lemah
tapi kita mampu berusaha
alquran, 53:39-nt aku tulis detail ayat quran


Terimalah hakikat bahawa kita ini manusia
sememangnya hamba abdi 
walau kita hamba 
tapi kita ini khalifah
inni jaa`ilun fil ardhi khaliifah..surah apa?



malam tadi tengah nak tidur
tiba-tiba keluar pula idea nak bermadah pujangga..hekhek
selalu time nak tido mmg time tu lah dia keluar
duk berejam depan laptop ni tak nak keluar pula kan..

Saturday, January 7, 2012

nukilan isyak

13 saffar 1433
sikit pressure study POM n HRM
man jadda wa jada !!
chalo bete !
chaiyok !
gambate !
Berkata yang baik atau diam.
berjemaah baik dari nafsi-nafsi
bersaudara baik dari berpuak-puak


lebih baik menyatakan dari mengumpat
lebih baik menyatakan dari buruk sangka
tapi
lebih baik sabar dari memburu terus-terusan
lebih baik sabar dari mengintip dan mengintai-intai


syukurlah dari kosong kepada dua, tiga, empat
syukurlah dari putih menjadi sutera dan batik
syukurlah kita masih ada brotherhood in islam, iman wa ikhsan..
dan dari dunia ke syurga
insya allah...

Friday, January 6, 2012

syukran

Aku rasa hg doakan aku..terima kasih..
rindu juga kat hg..



Doa menghindari rasa marah

اَللَّهُمَّ بَرِّدْ قَلْبِيْ بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ. اَللَّهُمَّ نَقِّ قَلْبِيْ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ.

Maksudnya: Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, kesejukkan dan air sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmizi)

nukilan zohor

12 saffar 1433
baru balik dari padang besar
banyak lah aku terlepas cakap
maaf..maaf..maaf.. kawan
lorong kiri
hari ini aku banyak cakap, 
banyak cakap, banyak pula silap cakap, 
silap cakap, banyak tersasul, 
tersasul, banyak terperli, 
terperli banyak menyindir, 


banyak menyindir, banyak membela diri, 
membela diri banyak berdebat, 
berdebat, banyak terasa, 
banyak terasa banyak mulut lepas,

banyak cakap lepas, banyak tak puas hati, 
tak puas hati, banyak makan hati
makan hati, banyak pendam diri
pendam diri, banyak tarik muka, 
tarik muka, banyak pula masam muka, 
masam muka, banyak muka pura-pura,

banyak pura-pura, banyak tertipu, 
tertipu banyak menipu, 
menipu banyak terkantoi, 
terkantoi banyak pula menyesal, 


banyak menyesal banyak tak mau ngaku, 
tak mahu mengaku, banyak sombong 
selalu sombong banyak angkuh, 
selalu angkuh banyak nafsi-nafsi, 


banyak nafsi-nafsi banyak ikut hati, 
bila ikut hati banyak jauh diri, 
bila jauh diri syaitan masuk hati, 
syaitan menghasut hati, jauh dengan ilahi, 


jauh dengan ilahi hubungan dengan manusia jauh-jauh diri.


ambik nafas..slow..slow..
astaghfiirullaah..astaghfiirullaah..astaghfiiriullaah..ha innallaah ha ka natauu waabaa..


lorong kanan
banyak ilmu, banyak teguran
bila ditegur kene selidik diri
bila selidik diri mulalah muhasabah diri
bila muhasabah aku sedar diri ini


bila menyedari makin ingin mendekati
dekati pada si belum sedar diri
ingin dikongsi apa ada pada diri ini
moga diberi hidayah dan taufiq oleh ilahi


diri ini seperti kamu..kamu..dan kamu..
jauh lagi liku dan simpang jalan..
trafic light..tol jangan cakap lah..
duri-duri pun masih banyak belum dialih kan
mahu bantu alih kan, aku sama-sama hulur tangan


jangan kamu menuntut buta memfollow dari belakang, 
jangan pula tinggalkan aku jauh dibelakangmu
biar aku sama-sama seiring denganmu,
kita pimpin diri ini sama-sama
sama-sama gender ye
kecuali u nikah i


ok close..nanti masuk bab munakahat pula..

filem melayu

cuci mata sekejap..
haiya..memang xnak tengok tapi rumate dah offer
kol 11.30 abis tengok

Baru lepas tengok cerita OR. atau apa ye...korang mesti tahu..tak tahu cari sendiri


memang sedih, tapi aku dah doa awal-awal..hekhek..ya allah jangan kasi aku bazirkan air mata dengan benda haram yang aku tengok..tapi aku tengok gak kan..skip le mana yang patut, itu pun nak ajar.


Ini kritikan aku pada filem sekarang :-


1. bagus ke arah Islam, tapi yang watak perempuan muslimah macam tak reti pakai tudung berbeza watak pelakon indonesia, contoh yang pelakon bawang putih, melakonkan watak muslimah dalam cerita perempuan berkalung sorban. xdak beza dengan pakaian muslimah indon, lagi-lagi tudung, sama gaya. tak de le nampak kepura-puraan kan..


2. pakai tudung tapi bila scene sidai baju, siram pokok, orang meh datang rumah..pelakon tu tak pakai tudung...aku memang pelik and tak boleh terima betul konsep diorang ni.


3. boleh pula mandikan mak cik dia kat pelantar depan-depan orang..berk*m**n pula lagi..haiya !


4. t-shirt lengan pendek, bertudung sanggul tinggi, tudung atas paras dada. pakai baju kurung 2 3 scene je..separuh and the rest t-shirt .. blaus.. jens..


5. hahaha..nak gelak dulu..kalau gaduh-gaduh ke...lari...atau kejar laki nak pujuk..boleh pula tiba-tiba tudung tu tertanggal/ terlerai / terlucut..sume ter..ter. memang aku xleh terima wei..aku ni elok je pakai, nak main bola ke badminton ke..elok je tudung terletak kt kepala ni..


ok nak bezakan, aku memang bertudung.. erm ! pi tengok cite indon yang berunsur muslimah tu lah.. deme gaduh ke, lari ke..tudung stay kat kepala ok. deme pun ada bermacam-macam mazhab yang xmoh pakai tudung nih.


6. kalau terjatuh, mesti yang sambut, lelaki orang, jiran ke..sesiapa le..yang bukan suami dia or adik, bapak dia dalam filem tu. kelakar pulak..kat luar ni nak try ar..hampeh ! xde nye orang nak tolong papah or kasi ganti badan dia untuk ditampung bila jatuh..melainkan sama gender kan ...melainkan kritikal nak mati..itu nurse laki pun banyak..but dharurat..kome pun tahu lah..malas nak expalin


7. ini lagi banyak, boleh pegang and salam serta peluk, pakcik/ makcik, sedare lelaki/ perempuan, jiran laki / perempuan


8. bila scene baca quran, selalu surah yasin tak dak surah lain..tak pun rakaman kaset bacaan quran. kalau baca mesti 2 sampai 3 ayat je...aku kalau setiap kali scene ni, memang tunggu nak dengar si pelakon baca penuh..siap nak check lagi tajwid..haha..makhraj huruf jangan cakap lah. tapi apekan daya..diorang baca suku je..


pendapat aku ni, bukan aku hebat sangat baca quran tapi aku lihat pelakon ni diberi medium yang luas untuk timba ilmu, time kene baca quran takkan xde pengarah tolong bagi latihan baca quran ..ye dak..klu satu scene tu banyak silap, boleh di rekod banyak kali cari yang terbaik, xkan yang baca quran xde plak trainning..


9. time kene berlakon baca khutbah, ceramah, nasihat..sure ada baca hadith..ok mesti korang cakap diorang xdapat hidayah lagi. hidayah milik allah..n blabla..memang betul tapi. xkn tak terlintas kat hati '' aku ni dah tahu tapi tak faham lah'', xmoh ambil tahu lagi ke..ilmu baru, benda baru mesti kita interesting juga nak tahu kan.


kalau berlakon cnferm nak menghayati..so tang mana tak boleh menghayati ayat quran atau pun nasihat dalam dialog tu..


10. filem OR ni, selambek dek je berk**m**n..


11. hero,heroin, OR = laki orang .. janda
      Kerana Dhia = laki orang.. janda


upgrade lah: 
pakaian muslimah tu memang perkara yang penting penonton nak tengok. susah kan nak beza muslim and not yet muslim tapi senang kan nak beza muslimah and not yet muslimah
thank you.. Lyn yg suggest kn...sory Lyn...
ish..sengal plk tersalah org..hahaha
suka. sejuk je nak bagi statment kat not yet muslim..is u are not yet muslim  miss....


filem malaysia ni tak belum mampu lagi bagi kesan  persepsi positif  yang mulia and sebenar-benarnya tentang Islam kepada not yet muslim tuh..


pasal poligami..memang tak puih hati juga..it is not kongkong pumpuan ye..
not juga carik-carik kasih pumpuan ye..not juga tindas pumpuan..


si laki boleh buat dunno je bila suh kawin lain, bini pertama dipaksa, mak laki suke-suke hati je manage kehidupan diorang..tak kan laki ni dayus sangat kot..


dialog mila to izzah = memang tak salah poligami tapi islam xharam kan cerai..camtu le lebih kurang. xnak berkongsi punya pasal.


ace terai pengarah ni buat betul-betul konsep poligami, ada conflict, ada penyelsaian tapi dasaar dialog n aksi dari pure sources of islam.


earon aziz..argh aku tak reti eja nama dia..xde pun dipersalahkan untuk scene yang hot2 ni..pelik gak aku..bukan aku dengki dia ye..aku pelik + ajaib  je..

Thursday, January 5, 2012

Fitnah Dunia wa Dajjal

11 saffar 1433 hijrah
waktu tengahari nak petang
baru balik dari exam


ni pasal fitnah yang senang sangat di sebar dan di ambil kesempatan oleh orang tertentu untuk sebar fitnah. jika anda baca entry / komen / gambar / video / fitnah, jangan sebarkan..kita juga dapat saham nanti berbeza dengan orang yang baca sahaja


jika aib, jangan sebarkan juga..nasihat je si pembuat aib dan penyebar aib, walaupun dia sebarkan sendiri aibnya..kalau kat majalah tu..toksah beli lh ok. tukar GenQ tak pun Solusi


aku buat entry ni sebab aku perihatin pasal fitnah pada UAI kat fb..belambak pulak yang share benda ni..bukan aku taksub ye..aku selalu dengar ceramah ust je.


maybe korang (bukan korang yang tgh baca ni, tu nun yang duk kat afrika) share supaya orang tahu ada orang buat fitnah kat ustaz dan nak tahu serta nak kutuk siapa si pemfitnah nih


kome jangan terpedaya
motif orang yang fitnah samada - dapat naik traffic blog or sebab politik or etc.. ni pendapat aku ok je..xyah percaya. --ni pun korang boleh agak kan.


so bila dah tahu, senyap. tak perlu, JANGAN sebar. melainkan betul dan benda tu harus di sebarkan. 
contoh si A didakwa mencuri. 
belum di bicarakan di mahkamah <----jangan sebar fitnah
dah di sabit bersalah <-------jangan sebar aib
dia berkawan dengan kawan baik kita <----hanya bagitahu kawan kita sahaja untuk berhati-hati tapi bukan mengumpat, 


korang paham kan. mengumpat ni menokok tambah walau pun benda tu betul, dan kene dengan cara penyampaian..memang berkesan orang percaya bulat-bulat


jauhilah fitnah memfitnah ni, ghibah, buruk sangka etc..


baca doa ni:
allah humma inni a`uzubika min fitnati masihi ddajjal, wa a`uzubika  min fitnatil mahya wal mamat,
                          
                       mahya = h --> huruf ha lembut ye..
ya allah, ya tuhan ku,aku berlindung dari fitnah masih addajjal, dan aku berlindung dari fitnah  masa hidup dan mati.


ni sape yang ambil STAM mesti korang ingat balik kan..ni dari hadith sohih taw, 


jom lenyapkan tradisi fitnah memfitnah kat malaysia ni. matikan agenda pengikut-pengikut syaitan n dajjal nih.
insya allah na..

nukilan subuh

jalan-jalan tengok, lihat, fikir, terfikir, difikir, memikir.
banyak lagi ilmu yang aku tak ada.
hendak mengulas bukan cabang ilmuku


jalan lagi, musafir..
jauh lagi kesabaran aku as a muslimah harus punya kesabaran 
macam mana mahu didik anak nanti
yang lahir dari rahim sendiri 
dan mesti punya ciri dari diri sendiri


dongak ke langit
cuaca sekejap  mendung dan selalu cerah
rezeki allah itu meluas, orang-orang yang menyekat agama islam dari fikrah dan kehidupan
pasti merasakan dunia ini hanya sebesar pusingan diri dan ahli keluarganya sahaja
tiada yang lebih hebat dari ilmunya
tiada yang lebih hebat dari pengalamannya
tiada yang lebih hebat dari masalahnya


melihat jauh luas terbentang jelapang padi
luasnya nikmat allah
luasnya rahmat allah
dan tentu nikmat yang paling bernikmat adalah iman dan hidayah
nikmat kedua adalah ukhuwah lillahi taala


andai kamu punya sahabat, teman hidup seperti itu
jangan kamu menyesal jika jodoh pertemuanmu itu hanya singkat
ambil yang rahmat
temui lagi insan-insan seperti itu
jangan mudah jemu dengan nikmat allah


wallahu alam.


5.57 pagi 
11 saffar 1433
ready for the second examination paper. pray for me too..

Wednesday, January 4, 2012

UPDATE

Selesai sudah aku update untuk laporan program himpunan sayangi belia untuk sambutan tahun baru masihi 2012 aritu. siapkan balik untuk laporan yang rasmi ke s/u UNGGAS.


tadi aku start exam paper pertama..alhamdulillah..ustaz memang best..hehe..bodek...soalan itulah yang kami jangkakan..aku dapat rasa satu dewan yang ambil paper kami..sengih sampai ke telinga bila baca soalan pekse..alhamdulillah sekali lagi. sebelum exam lagi ustaz update fb sure kami dapat A..syukur alhamdulillah.


aku tak terserempak pun dengan kawan aku tu..alhamdulillah lah kot or apa ye..terserempak dengan yang lain. sebelum ni kami agak rapat. tapi tadi aku dapat rasa dengan kuatnya mereka tahu apa yang berlaku antara aku dan dia. i never told them. maybe ada hikmah dari allah..sory coz aku dah bersangka buruk lagi dalam hati..perempuan itu naluri hatinya kuat sebab tambah dengan hasutan syaitan..ergh..geram pulak..a`uzubillah hi minashaitonnirrajim !!


besok ceq p padang besaq, nak beli baju gamis abuya. kakak aku pesan 5, warna warni lagi gitu. besoknye lagi aku exam gak..erh redah je lah..insya allah.. xyah lah gelabah sangat..dan xyah lah senang lenang sangat..ye dak..


pagi buta
10 saffar 1433

Monday, January 2, 2012

MALAM tahun baru masihi 2012

8 saffar 1433 hijrah
pagi-pagi buta


Assalamualaikum
Kali ini aku berkesempatan menyertai aktiviti Landas, kali ke3.
Program Himpunan Sayangi Belia.
Sambutan Tahun Baru 2012 di R&R Pantai Bersih, Pulau Pinang.
Penyertaan kali ini bukan dari uni. kami sahaja tapi, USM, KUIN, tabligh dan aktivist unggas yang lain. 
Motif dan objektif = mendekati belia dan masyarakat yang bersosial dan memberi pendedahan kepada aktivis supaya sensitif dengan gejala sosial yang berlaku sekarang.

Aktiviti

Kami aktivis Sintok, bertolak kira-kira jam 6.45 petang, selepas diberi taklimat oleh cik Asma dan menerima sedikit bekalan dari sahabat yang tak dapat pergi untuk diberi kepada aktivis yang turun lapangan.

Kira-kira jam 9 malam kami sampai di Surau Pantai Bersih, Pulau Pinang. Terus solat jamak ta`khir berjemaah dan bermula sesi taklimat oleh YDP UNGGAS, abg Amir dan bacaan ratib dari seorang ustaz.

Kumpulan dibahagi sama dan bercampur muslimin dan muslimat dan ada seorang senior atau ustaz dalam setiap kumpulan. Kira-kira 6,7 ahli dalam setiap kumpulan.
Selepas membincang strategi yang digunakan kami memulakan langkah ke area pantai yang hujung sekali, berjalan dalam 45 minit. Memang terasa betapa jauhnya sambil itu menyaksikan juga percikan bunga api menandakan sudah masuk tahun baru masihi 2012. Dan bermula sesi hemoi apabila berpatah balik ke lokasi awal tadi.

Sasaran pertama aku adalah sepasang suami isteri bersama dua orang anak mereka, yang masih bayi, tujuan mereka saje nak tengok bunga api sebab si isteri bosan duk rumah dan nak merasai sambutan tahun baru. Mereka pun ada rasa peduli dengan sikap remaja yang melepak disepanjang jalan pantai dan pasangan2 muda yang dating. Meluahkan juga rasa kesal dan mengkritik perangai remaja sekarang. Pastu ustaz datang, nasihat si suami, supaya isi masa itu dengan benda yang berfaedah.

Kedua, kumpulan remaja bersama pasangan mereka, Balqis dan Ira..ini yang aku ingat nama. umi (isteri kepada ustaz) sedang menasihati dyorang ni. dan aku yang dengar ini terasa juga sebab teringat zaman aku leka dulu..ish..ish..lepas dengar mereka beredar.tapi sebenarnya tak pun, mereka pi area yang dekat dengan surau sebab masa kami patah balik ada aktivis yang perasan mereka masih ada lagi bergelak sakan. 
- aku teringat sepupu aku..dia memang suka melepak


update:
pastu..kami pi jumpa kapel juga..dari jauh nampak cam orang dewasa..pakai make up, baju betul-betul muat badan, dan sebelahnya duk rapat si teman lelaki. si pmpn umur 16 tahun dan lelaki baru lepas abis sek. mudeee..tiba-tiba aku terperasan sndiri, muda sangat ke aku..hekhek..


itu yang bila aku tengok sekeliling, aku dapat rasa sume tu budak sek, ceh..memang nak balun je diorang ni, hambat pi balik umah lagi bagus dari tak buat apa. 
bukan ada konsert, pertandingan ka..yang ada bunga api detik 12 malam dan deretan gerai pasar malam. ada gak yang buka tayangan filem tepi pantai sambil-sambil sediakan shisha..


shisha ni lagi teruk 100x dibanding dgn rokok..memang rosak..rosak..
ni samalah dgn budaya merokok di negara yang musim sejuk, diorang merokok sebab nak panaskan badan, n maybe shisha ni di negara arab mcm tu kot.


tapi di malaysia, ambil yang best diaorang rasa kot..mcm gengster ye bila org tgk kome p hisap shisha tuh..


- aku teringat adik laki aku yg mak lain, dia ni bese bergaul ngn budak taman- ni nampak cm aku anti budak taman kan..diorang ni xde kje, p merayap tgh mlm n penah satu kes kawan2 dia p mncuri (msuk umah org), tp nasib lh kot adik aku tu x pi join..mlm raya ok mse tuh. msuk kes polis lg. tp skg alhamdulillah ayah aku pi hantar madrasah tahfiz..hrp blh ubah diri n kuatkn jati diri sndiri pn ckup lh..
- apa ye alternatif tuk budak taman mcm ni..??


then aku jumpa dua orang remaja, deme sepupu. aku try tegur suh pakai tudung, n adik2 ni terima, pastu ckp mmg pakai tudung tapi kt luar xpakai..so ibu bapa amik port lah ok..dh sembang lama2, pastu adik ni minta no phone..aku pn ragu2 nak bagi..sebab dia nak jadikan aku kakak angkat, gelak je  dlm hati..sebab aku mmg geli agkt mgangkt mse sek lg..aku ni pn xlarat nk layan satu2 adik2 aku walaupn mak lain, tapi kene layan gak..tu yang ayah aku byk kali pesan ! 


but..aku cuba..maybe boleh nasihat mse duk msj kn..try je lh ksi lmbut nasihat walaupun aku ni kasar..ckp direct..


lepas bertukar no hp (actually aku tak ambil pn no budak tu..hehe). kami terpisah dgn group kami tadi..wawa..aku dh mngelabah..bukan xbiasa p jalan mlm2 cmni..tp ni tmpat byk bahayee..jadi aku jln2 sikit..ni aku berdua ngn kwn pmpn, kmi terserempak ngn group lain..alhamdulillah..

bermacam ragam dan pesyen lah orang yang aku jumpa..nmpk cm budk sek rendah, upenye dh tingkatan 3..hehe kecik lah budak-budak ni..kol 2 pagi nk dekat 3 baru pakat nk pi balik. saje round2 pantai tgk bunga api, depa yg kata..pastu tanya azam 2012 apa? sengih2..geleng2 pala..lepas aku jumpa budak2 ni, aku terserempak ngn lelaki paling tinggi didunia.

 tapi alhamdulillah aku tak terserempak dengan mat gian, mat gatal2 ni yg berani melampau. mat nyah..erk jauh-jauh kan lah. kalau aku jumpa pun biaq time tu aku dah cukup pengalaman nak handle diorang ni. aku berpengalaman nk nasihat diorang ikut pengalaman, bukn cakap kosong sahaja.


ini je kot perkongsian kali ni..jumpa nanti next sambutan valentine day..
jauhkan aku ya ALLAH perkara fitnah dunia dan dajjal ini serta fitnah dari lelaki.amin..

Pengalaman

1-ditahan oleh pakcik UK (unit keselamatan) sebab xde kelulusan dari HEP, tapi kami redah je, dan bagi alasan yang munasabah dan dijamin keselamatan oleh saudara Jailani, senior kami.

2. sampai Pantai Bersih, rupanya sudah ada aktivis yang bergerak menjalankan tinjauan, tapi sebenarnya perlu berkumpul dahulu, barulah yang senior ni boleh berkenal-kenalan dengan yang baru. dan semangat bila nampak ramai itu lebih gerun pada masyarakat situ

3. sepanjang berjalan dari surau ke hujung pantai dan berpatah balik, siulan dan kiriman salam kami terima lebih-lebih lagi kepada muslimat dan ditambah dengan pakaian tudung labuh dan kopiah. pandangan yang macam xpernah nampak manusia pun banyak. 

ini aku kat rumah pun banyak kali kene, itu sebab tak nak keluar..
menyampah pada lelaki yang mengorat secara murahan!

4. jumpa orang yang paling tertinggi di dunia kot. 8 kaki.. lelaki umuq 29, mai datang dari pakistan untuk minta dana bagi operation kaki dia. aku takut tengok tangan dia sebab panjang-panjang jari. nasib dia pakai baju punjabi, kasut pun aku rasa design special saiz. tapi kesian gak sebab dia dijadikan tontonan, yang tengok maybe ada rasa kasihan tapi untuk balik cepat solat isyak itu...wallahualam.. 

Upgrade / comment kelemahan program

1- adakan program di situ, seperti membuat solat hajat beramai-ramai berserta dengan ceramah oleh ust yang dekat dengan remaja, dan boleh sama 

2- berkempen untuk sama2 bersihkan kawasan situ, contoh - kutip sampah.
memang banyak sgt sampah..aku rasa mmg xlarat mkck cleaner nk kutip sampah spnjg pantai..n dah bape tahun pnye sampah lah tu..

3- berkerjasama dengan polis bagi banteras, itu yang paling ekstrem lah..
kami nampak abe2 polis duk perati orang awam ni..n duk memandang remaja yang parking moto cantik tersusun kt sepanjang jalan lebuh raya. 


4- manage time tak begitu ditepati, ada yang datang lambat dari yg mai jauh. dan xikut arahan ketua walaupun ini program santai sebab tak de protokol tapi di ambil remeh dan mudah oleh sesetengah aktivis.


Profile R & R Pantai Bersih -- bagi sape yang bukan asal penang ye..utk pengetahuan korang


- pantai bersebelahan dengan highway penang menghubung ke jmbtan p.pinang
- port yang terbaik nak tengok bunga api. sebab bunga api dinyalakan kat balik pulau sane..
- program kat situ hanya ada pasar malam dan ada dewan terbuka mcm lndskap skt2 ..
- setiap tahun hasil dari kajian UNGGAS mmg kawasan mlepak dan port budk rempit atau racing  untuk berhenti sebelum pi ke sebelah jambatan p.pinang.
- waktu puncak pasangan yg dating pukul 12.00 mlm ke atas..berpeluk ke..lebih dari tu mase ni lah  
- kat R & R ada perkampungan kecil, aku pn baru tahu bila masuk ke kawasan surau. so adalah gerai makan n kedai brg bese.


waktu kami smpai pn, ada sepasang kapel, duk atas moto, park tepi jalan. nampak kami satu bas, pakai tudung plk tu..si pmpn terus tarik si lelaki utk buat bnd lucah..u know? kiss mulut !! aku xsgup nak tgk..muslimin yg bgthu n instinct aku mmg tinggi gk pkr bnda tu..si pmpm tu sbb jeles lh si pakwe dia pndg xkedip tgk kami..haha..tp mmg betui laki tu pndg mcm xde pmpn sblh dia..xpaling2 tgk makwe dia pgil pdhal sblh je pn


aku rasa macam nak kawin tahun ni jgk ..nak jaga diri dari maslahat masyarakat yang dah makin teruk..aku je xsedor..n budak u yang duk saje dalam bilik tu..baca buku + kelas + katil + program + exam + konvo <---ni mahasiswa yang cemerlang tapi pasif untuk masyarakat.


p/s:nama aku tu utk aku rasa aku dh kawin bila komen kt blog org lain, lagi2 bila aku komen kat blog laki..sedor diri jgn gatal..


abuya nak kawin juga tahun ni..boleh dak??
abuya said: kawin lah abuya xlarang pn..tp..hgpa keje lah setahun dulu, dpt rumah sbijik, kete sebijik pn jadilah..
erk..sami`na wa ato`na...na..

Friday, December 30, 2011

Alhamdulillah. aku dapat lagi menghirup udara segar pagi di uni. ni.
dapat qiam sama dengan rumate..saat yang paling ku rasa dapat merealisasikan impianku sejak masuk uni. dapat rumate yang sama bangun qiam dan solat subuh.


tapi aku still ada rasa ego. hope can reduce it again..and again..insya allah na..

Thursday, December 29, 2011

SURAU solihin, Kanchut, kedah






4 saffar 1433
rabu malam khamis
tomorrow is last day for class makroekonomi!!


ni lah surau madrasah salihin


Konsep Istibdal dalam wakaf


Istibdal itu bermaksud menggantikan.
maka dalam isu yang berlaku di Kedah ini membuka mata para ilmuan dan Muslim tentang konsep wakaf yang ada dalam Islam

pada asalnya, harta wakaf tidak boleh ditukar ganti dan mesti kekal dalam bentuk asal agar tidak menyimpang dari maksud asal pewakaf.

tetapi tidak salah dengan menggantikan tanah wakaf itu dengan tanah lain, walaupun niat si pewakaf adalah mendirikan masjid, surau, tanah perkuburan dll. bila mana?

apabila pada harta itu:

           lusuh - kereta, bangunan lama
           rosak - mesin 
           tidak sesuai dimanfaatkan lagi perlu ditukar - tanah

1. contoh kawasan sekitar tanah wakaf itu sudah banyak didirikan surau dan masjid, jadi lebih baik sekiranya tanah itu digantikan kepada bangunan yang lebih memberi manfaat pada penduduk sekitar seperti kedai. dan ditambah lagi fungsi surau itu tidak digunakan sepenuhnya oleh masyarakat.

kedai= boleh membuka peluang pekerjaan, untung boleh di agihkan pada masyarakat muslim setempat, dan lain-lain

2. contoh yang lain juga. tanah wakaf itu satu-satunya laluan highway. so dibolehkan tanah tu buat highway dan diganti tanah di kawasan yang lain

ingat!! harta wakaf tidak boleh dijual sama sekali (menurut Imam Maliki dan Imam Syafi`e). ini adalah asal hukum

tetapi sekiranya dapat keizinan pewakaf atau warisnya, ia dibolehkan. tapi yang jadi isu banyak sekarang pewakaf dah meninggal, jadi cmne nak rujuk kan. ini lah fungsi hakim syari`e, majlis fatwa, ketua agama kita.

ketua agama=ketua negara..btl kn?

berbalik pada tajuk konsep istibdal. istibdal adalah menggantikan harta wakaf kepada harta lain atau tempat lain atau fungsi yang lebih baik ikut kemaslahatan umum.
^
l
l
bukan menjual ye!

ini yang menjadikan orang awam keliru sebab tak faham konsep wakaf dalam Islam mengenai surau di Kanchut, Kedah. tapi inilah hikmahnya.

dan ini disandarkan pada qias zaman para sahabat contoh:

masa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, Imam Ahmad setuju dengan keputusan Umar r.a untuk memindahkan masjid Kuffah yang lama ke tempat baru, dan asal tapak masjid itu di jadikan pasar untuk jual tamar (kurma).

tapi yang berita baru update semalam 28hb dis 2011, surau itu akan dibesarkan lagi. dan boleh memuatkan 400 jemaah sumber. so thats great yea


masa aku belajar dulu, banyak ustaz pesan:

1. kalau hgpa nak wakaf, cuba buat wakaf harta kepada fungsi yang kontemporari atau up to date. ikut zaman

2. jangan fokus untuk buat masjid dan tanah perkuburan ja. cuba bagi yang lebih global dan mampu selesaikan masalah pelacur yang takde keja melainkan melacur...budak-budak merempit.. budak-budak gampang dll
gampang? (xphm rujuk sini.)

3. memang banyak harta wakaf untuk buat masjid tapi tak memaksimumkan fungsi manfaat kepada masyarakat setempat. 

contoh: blh dbuat wakaf
- bangunan- kedai percuma untuk muslim berniaga, yang halal sahaja!
- sekolah- bukak kat perkampungan orang asli. pedalaman
- pusat komputer- sebab sekarangkan suma nak celik IT.

 ke ada sape-sape nak tambah? =) sila-sila..

Wednesday, December 28, 2011

8 YANG layak

faqir 
yang lebih miskin dari orang miskin. tidak mampu untuk memenuhi separuh dari keperluan asas dia. contoh? kalau orang miskin, dia perlu 100hinggit untuk penuhi keperluan dia, tapi si faqir ni hanya ada 50hinggit sahaja.

miskin
hanya mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka sahaja.

amil
yang melaksanakan tugas mengutip dan mengagih wang zakat. 
ni perlukan orang yang betul-betul amanah dan jangan bangga tayang peratus pengumpulan wang kutipan zakat. itu tak ikut matlamat utama.
ni yang banyak isu disini.

muallaf
orang yang baru masuk Islam. anda kene bantu bila jumpa orang yang macam ni. diorang really need the supporter.

raqim
hamba yang nak bebas. ni zaman rasulullah je ada

gharimin
orang yang berhutang, dia nak bayar tapi tak mampu, bukan mengelat nak bayar ye.

fisabilillah
orang yang keluar berjuang di jalan Allah, zaman nabi, berperang. sekarang yang keluar 40hari, 3bulan contohnya. keluar untuk berdakwah..semata-mata kerana Allah

ibnu sabil
orang yang bermusafir 



" Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "                surah at-taubah: ayat 60             



kita as a student pun boleh. tapi xsure kategori ibnu sabil or fisabilillah. bagi pendapat aku lah, kalau guna wang zakat ni, kita belajar lebih berkat sebab duit tu dari sumber yang dah suci. so lahirlah graduan yang berjaya, kreatif dan beriman. berIman tu yang paling penting! tapi kalau duit berlebih tu baik  bagi yang lebih aula` kan.


so ini adalah rukun ketiga dalam rukun Islam, sebelum hangpa buat yang ni, keluarkan zakat bagi yang terlebih rezeki tu. sila teliti dulu solat kita semua. sebab pertama yang ditanya adalah solat. sia-sia lah kita buat yang lain tapi yang utama ni xprefect!
Insya ALLAH na...


2 saffar 1433
pagi rabu yang indah dan nyaman

UMUM Balwa

dalam kehidupan kita, Islam sudah menggariskan halal dan haram, dan selain yang tidak disebut dalam al-quran dan hadith adalah harus dan  boleh kita buat.


Umum Balwa ni adalah sesuatu yang kita tak dapat nak elak dari melakukannya. contoh: duit yang kita dapat perlu dari sumber yang halal dan di salurkan kepada tempat-tempat yang halal. 


maka dalam kita bermuamalat(berurusan sesama manusia) ada yang kita tak dapat elak. contoh company TNB adalah satu-satunya sumber elektrik yang dijanakan untuk seluruh rakyat malaysia ni. so nak tak nak yang pub, kelab malam dan tempat-tempat maksiat juga mereka kene bagi. walaupun kalau TNB tak nak bagi pada tempat maksiat ini, tak jadi miskin pun company. 


so hukum Umum Balwa ini digunakan. tidak mengapa kalau sumber dari TNB kita dapat atau kita ada share dalam financial market dia. k. sekian untuk ilmu yang tiba-tiba datang untuk share.


nak lagi detail? sila tanya ustaz berhampiran lokasi anda..hehe

Tuesday, December 27, 2011

LAPORAN

Assalamualaikum
Alhamdulillah aku dapat teruskan lagi niat untuk menulis dalam blog ini. hari ini, aku nak teruskan kepada penyambungan aktiviti aku bersama UNGGAS di SC, Sungai Petani.


ni adik-adik junior aktivis. di hadapan yang mereka duduk ni
adalah Shopping Complex SP tu lah..budak2 kedah msti tahu kn..
gambar ini sesudah pusing satu SC ni..rehat sat!

Pada LDK 3 ( klik sini untuk baca LDK 1 dan LDK 2 ) jam 3.30 pm kot (lepas solat jamak + makan2 + sembang-sembang) kami di bawa oleh ust kamarudin terus ke bangunan shoping complex SC dan terus naik ke tingkat 4 iaitu pusat karaoke. Sebelum masuk ust. pesan tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sebab dilarang oleh owner tu. 

Tempatnya agak suram yang di terangi oleh cahaya yang malap, kuning hijau. dan dalam tu ada 20 lebih bilik karaoke. dari satu bilik ke satu bilik kami p. masa ni aku tak masuk pun. sebab yang lain pun excited nak masuk xmuatlah nak masuk semua kan. jadinya aku biar mereka masuk.  bisingnya jangan cakaplah..memang xcukup telinga diorang ni!! Tapi kawasannya memang bersih, bilik macam standard kat hotel cuma setiap bilik ada kerusi 1,2 sofa and tv plasma sebijik.

yang dijumpai, pasangan couple tapi dyorang datang beramai-ramai, campur laki perempuan dalam bilik, ada yang satu keluarga datang. aku pun xpaham bapak yang macam ni. p lah ajak anak dengar ceramah ke, anak-anak kan sedang nak membesar so dyorang tu perlukan jalan yang benar-benar lurus. nanti dah besar bila anak tu kurang ajar, marah dyorang balik, jadi xguna lah..budak dah besar cepat pikir dan memberontak kalau xkene dengan jiwa mereka. 

dan yang menariknya ada yang menyanyi sorang-sorang. mula-mula kami mai dia bukak lagu biasa. tapi dua kali round..dia bukak lagu rabbani..hahaha..febret aku tuh..sume duk pakat bagus budak ni and ada aktivist masuk balik nyanyi sama-sama dengan dia. 

aku = perli ke apa?..hahahha

yang bagus lagi kat sini peraturannya--yang aku dan ingat lah

1- budak beruniform sekolah tak boleh masuk--- budak sekolah boleh masuklah?- kome pahamkan
2- tak boleh bawak minuman keras dan meROKOK-tapi aku keluar baju aku pun bau masam rokok.ceh!
3-dilarang melakukan sesuatu yang melampaui batas-aku xtahu nak reka ayat cmne tapi maksudnya xleh buat seks kat situ-setakat raba-raba bolehlah kan..damn!

lain-lain

4- masuk 18hingit satu lagu...wawawa..aku nak makan kat hostel pun jimat makan sekali je. 2,3 kali makan sehari tu duit berlebih r..
5-terpampang kat papan kenyataan dalam karaoke tu peraturan negeri!! tapi buat dek je owner tu-sebab diorang yakin xdenye nak kne tahan.
6-dari penjaga kaunter hingga lah bapak budak yang masuk bilik karaoke tu adalah MELAYU. kenyataan yang aku kene terima!aku tak jumpa pun apek ke amoi.
apek amoi duk kat luar jaga kaunter jual baju-baju seksi depa.

Lepas tu kami dibawa ke tingkat atas lagi, pusat bowling, game and wayanglah..hohoho..aku memang teringin pun nak masuk sebenarnya..nak tengok apa yang syiok sangat.

kami kat situ diajar supaya mendekat golongan 'yang buat gejala sosial ni lah', pi kat depa sembang-sembang bagai dan selitkan nasihat kalau kene time dia. kalau yang couple kasi dyorang jarak-jarak jauh sikit..ni memang best. 

ada larangan ust ajar

1- xboleh kacau orang tengah makan...haha
2-jangan p sorang-sorang cz dyorang xde nak respect dan tak takut pun ngn kita..

moral value yang aku dapat:

1. ni nak ngaku ni, haha..aku ni pemain tegar juga lah game kat pc n hp..tapi bila dah sibukkan diri dengan dunia ni jadi tak teringat nak main. dulu sangap sampai tak mo tido sebab tak abis-abis level yang aku nak main. alhamdulillah, lepas tu tengok adik-adik kat SC ni taubat gak aku..ish ish..patut mak aku asyik marah aku je kat umah. MEMANG BUANG MASA
2. kapel- aku xpernah kapel tapi banyak kawan laki (xde lah banyak tapi lebih tiga kan dah kira banyak..huhu). ni suma diaorang yang first aproach aku tau..haha xnak kalah..sebenarnya tak kisah pun sapa yang mulakan tapi, pentingnya sapa yang berjaya elak tu, wah! memang hebat, dan pada masa yang sama Allah akan naikkan martabat iman kita bila berjaya elak, kita je xsedor.nilai moral ni yang aku dapat.

ramai sangat adik2 ni kapel.suma lepasan SPM n bawah umur. 

bukak lah mata DIK-bukan hensem/cun pun budak laki/pmpn tu-pandai pun idoknye-kaya lagilah jauh-ni yang beradab dengan ibu bapa surely xde!

selepas tu kami teruskan dengan berkeliaran di sekitar SC tu, jumpa tailor, seller, and gampang..haha ada cite ni

*gampang-diorang kan hisap gam pastu jadi budak punk so ust panggil dyorang gampang, macam nak marah, so ust terangkan, dyorang pun caye n benarkan dyorang dpanggil camtu..kan lawak tu..
dik..dik, kalau hanpa pakai kopiah p masjid, hangpa lah buruan mak-mak mentua tau!

dan last. kami keluar dari SC dalam petang lepas asar(xtengok jam pn) balik jalan kaki ke masjid jamek yg ditukar sebagai surau jamek sp. duduk, dan bertukar pendapat dan pengalaman tadi. 


sebenarnya tak abis lagi. aku lupa.sebenarnya sebelum kami balik kami p satu lagi bangunan. ia berseberangan (paham-paham je lh ayt ..hehe) dgn bngunan SC tadi. kami ikut laluan jejantas. dan p ke kawasan budak hisap gam. tapi tak bernasib baik kami nak p tangkap budak tu buat temu ramah ke, cuci kasi sental badan dia ke..hahaha..lawak je k.


patutnya kami dapat dua orang budak tp diorang dapat lari so, kami hanya dapat tengok gam yang mereka hidu sahaja lah. 


yang warna hijau itu gam untuk pembinaan bangunan
bau petrol, maker pen n apa2 bnda lh yang blh kasi khayal

sebenarnya banyak sangat kat kawasan tu.

botol arak yang ada saki baki air arak lagi

 hangpa tengok kat belakang tu
 sungai tau tapi memang dah tercemar lah.
dan kat tepi-tepi tebing tu memang banyak sampah antaranya gam--pang ni lah

ni lah lokasi untuk pemetaan sosial

selepas tu, tak abis lagiiii... kami berjalan kaki mengarah balik ke surau jamek tadi, dan pergi ikut masuk celah-celah rumah kayu or belakang bangunan. kat situ ada gak conteng-conteng





dinding belah kanan ni ada tulis macam-macam luahan perasaan




dan akhirnya berakhir sudah pengembaraan satu hari di bandar Sungai Petani.

penat+best+sakit tapak kaki aku+kasut aku pun dah nak tertanggal+air pun dah abis xdan nak topup+lapor+bau baju..huii masam!+amik gambar ramai2..hehe mengubat segala kepenatan..


bertolak ke Uni. dalam 5.00 pm lebih. balik ikut highway, singgah kat RFC jitra, solat dan makan. dan sampai hostel dalam kol 9 pm..balik rehat n rasa xcaya je aku berani turun lapangan! insya Allah doakan aku ye istiqamah dalam jalan dakwah ini. nak macam mak dan ayah aku.

balik kene buat report!! ni lah reportnya..siap!

1 saffar 1433
petang selasa
jap gi p meeting untuk program LANDAS 31hb
MALAM TAHUN BARU 2012